Bonjour guys!
Aku kembali setelah selama 15 hari menghilangkan diri (padahal lebih).
Aku ingat nak update sehari selepas aku balik dari kampung,
tapi dengan alasan penatlah, sibuklah. Blog ni pun berhabuk.
Fuhhh. *
ada yang rindu aku tak? Hahaha.Straight to the point, aku nak cerita terus pasal berhari raya di kampung
cik abang. Peh, memang seronok tak ingatlah, walaupun penat.
Mula-mula dulu masa aku datang, aku malu-malu dan tak banyak cakap.
Tapi sekarang ni, Alhamdulillah.
Aku dah boleh biasakan keadaan.
# Raya pertama dan keduaUntuk aku pada tahun ni, cuma ada raya
pertama dan
kedua je.
Hari ketiga aku dah sarung balik baju T dan seluar track bottom di badan.
Selekeh.
Baiklah, dengan murah hatinya aku nak tempek selfie aku dengan cik abang.
Mohon jangan muntah. Haha.
Ada banyak lagi gambar selfie, tapi malaslah nak post banyak-banyak. Hihi.
Serasi tak kami? Ngee.
Raya pertama, kami berbaju warna maroon (tema raya kitaorang)
Raya kedua, ikut suka hati kitaorang. Haha. Masih sibuk sebab ada majlis kesyukuran.
Oh, disertakan juga selfie bersama cousin cik abang aku.
Diaorang memang gah, gempak dan gila. *sengih
Ada banyak lagi gambar, cuma tak banyak kat handphone aku.
Upload apa yang ada. Semoga korang terhibur. Ceh ceh.
Sambutan raya korang macam mana? Meriah tak?
Nota kaki: Sambutan raya pertama sebagai seorang isteri.