Tuesday, September 9, 2014

Duka.



Di balik tawa dan senyumannya,
terselit sepi sendu di hati.

Tuesday, September 2, 2014

I am territorial.




Aku tak rasa aku bersalah.
Sebab aku memang ada hak untuk mempertahankan.
Kerana itu hak aku,
dan kau, kau tak ada hak walau sekelumit.

Aku tak rasa bersalah kalau aku berkasar dengan kau.
Sebab? Aku dari dulu dah cukup baik berkompromi dengan kau,
cakap elok-elok.

Tapi, kali ni. 
Maaflah, aku dah malas nak buat baik dengan orang yang tak sepatutnya.


Saturday, August 30, 2014

Dirgahayu Malaysia!





Selamat hari merdeka ke 57, 
semoga Malaysia akan kekal aman sampai bila-bila.
Tak semua negara yang ada di dunia ni, sama seperti negara kita.
Ada pelbagai kaum, budaya, bahasa dan lain-lain.

Pernah tak korang bayangkan, jika kita tak pernah merdeka?




Berterima kasih kepada pejuang negara yang sanggup berkorban untuk 
meraih kemerdekaan. Tanpa mereka, kita masih dijajah.

:)



Friday, August 29, 2014

Keep believing.






"Bila mana Tuhan belum menjawab doamu,
bukan bererti Dia tidak mendengar.
Dia sedang mengaturkan sesuatu yang 
sangat baik buatmu."

Dan;
aku percaya itu.

P/s: Dah lama gila tak update blog. I'm back. Ada sedikit masalah :)

Friday, August 15, 2014

Gusar.



"Ya Rabb,
Engkau tahu apa yang sering bermain di fikiranku,
terlintas di hatiku.
Sesungguhnya, hanya Engkau lah yang Maha Mengetahui.
Jangan Engkau uji aku dengan sesuatu yang tidak 
aku mahu ia berlaku, yang boleh merosakkan
kebahagiaan aku kelak.
Hati aku tak kuat untuk terima ujian itu.
Aku rela jika Engkau uji dengan benda lain,
tapi tidak untuk itu."

- Tak ada sesiapa pun yang suka jika berlaku sesuatu keadaan yang mampu 
merapuhkan kebahagiaan yang kita sudah kecapi.

Monday, August 11, 2014

15 days- coming home.



Bonjour guys!
Aku kembali setelah selama 15 hari menghilangkan diri (padahal lebih).

Aku ingat nak update sehari selepas aku balik dari kampung,
tapi dengan alasan penatlah, sibuklah. Blog ni pun berhabuk.
Fuhhh. *ada yang rindu aku tak? Hahaha.

Straight to the point, aku nak cerita terus pasal berhari raya di kampung
cik abang. Peh, memang seronok tak ingatlah, walaupun penat.
Mula-mula dulu masa aku datang, aku malu-malu dan tak banyak cakap.
Tapi sekarang ni, Alhamdulillah.
Aku dah boleh biasakan keadaan.

# Raya pertama dan kedua

Untuk aku pada tahun ni, cuma ada raya pertama dan kedua je.
Hari ketiga aku dah sarung balik baju T dan seluar track bottom di badan.
Selekeh.

Baiklah, dengan murah hatinya aku nak tempek selfie aku dengan cik abang.
Mohon jangan muntah. Haha.



Ada banyak lagi gambar selfie, tapi malaslah nak post banyak-banyak. Hihi.
Serasi tak kami? Ngee.

Raya pertama, kami berbaju warna maroon (tema raya kitaorang)
Raya kedua, ikut suka hati kitaorang. Haha. Masih sibuk sebab ada majlis kesyukuran.

Oh, disertakan juga selfie bersama cousin cik abang aku. 
Diaorang memang gah, gempak dan gila. *sengih



Ada banyak lagi gambar, cuma tak banyak kat handphone aku.
Upload apa yang ada. Semoga korang terhibur. Ceh ceh.

Sambutan raya korang macam mana? Meriah tak? 

Nota kaki: Sambutan raya pertama sebagai seorang isteri.

Sunday, August 3, 2014

Terjah.



Rindu gila dengan blog ni.
Jari-jemari ni dah merenyam-renyam nak update blog.
Sabar, sabar.

Aku update entri ni pun melalui handphone, tak ada laptop kat sini (kampung cik abang), semua pakai handphone. Ehemm.
Blogwalking pun slow je, syukur ada WiFi kat rumah ni, tak lah bazir internet langganan bulanan aku. Hihihi *gelak jahat.

Kepada yang sudi singgah dan stalk 
di sepanjang ketiadaan aku update blog ni, terima kasih daun keladi, nanti datang sini, stalk lagi. Hehe. Seronok baca entri aku yang lama tu? Hehehe.

Macam mana raya? Seronok? Kepada yang masih dapat duit raya tu, untunglah. *bukan macam aku. Huhu.

Banyak yang aku nak taip dan kongsi kat blog ni sepanjang aku berada di kampung suami tercinta ni (ececeh). Tapi, bertenang ya. Aku akan post one by one.

Tunggu.
Nota kaki: belum terlambat lagi untuk mengucapkan "Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin, jangan main mercun putus jari nanti." x