Friday, July 18, 2014

Off.



Mulai esok sehingga 10 Ogos,
Aktiviti blog ini akan berehat untuk seketika, balik kampung cik abang.
Takkan lah aku nak gila online masa kat rumah family in law,
itu namanya menantu hantu. Hihi.

Minta maaf juga, sebab tak dapat blogwalking blog korang.
Busy buat kuih raya, korang ada buat kuih raya tak?
Ke kuih tunjuk je? Hehe.

Jumpa lagi nanti. In Sha Allah.

Monday, July 14, 2014

From Miss to Mrs.





Well, aku nak buat satu pembetulan.
Aku bukan nak kahwin, tapi dah kahwin.
Ramai pulak yang salah anggap masa baca entry aku yang lepas.
Sengih-sengih je aku baca semua komen korang.

"Kahwin seronok tak?"

Seronok! Sebab dah halal kan.
Nak pegang tangan sampai tercabut pun tak apa.
Tak jadi hal. Dah nama pun suami isteri.

"Tak rasa terlalu awal ke berkahwin?"

Jodoh, siapa mampu menolak?
Mungkin dah tertulis jodoh aku sampai awal.
Aku jual mahal, aku yang melepas.
Gigit jarilah jawabnya. Hehe.

Apa-apa pun,
semoga rumah tangga aku ni akan berkekalan sampai akhir hayat.
Doakan ya!

P/s: Gambar kami yang sweet? Tak payahlah tunjuk! Muka aku tak comel. *senyum kambing

Wednesday, July 9, 2014

Move on.






Kita kena belajar untuk buang segala kenangan yang menyakitkan diri 
kita. Dan, bergerak ke hadapan tanpa menoleh ke belakang. 
Tak kira sukar macam mana sekali pun.

Betul, kan?

Sunday, July 6, 2014

Aku dan dia.



Esok, lusa dan tulat.
Engkau masih tiada di sisi.
Aku di sini menanti,
kepulanganmu.
Kita yang terjarak beribu batu.
Aku rindu.


*******


Dah masuk hari ke-9 Ramadan, dan aku masih belum berpeluang
berbuka puasa dengan cik abang.
Perasaan sedih tu usah cakaplah, memang terasa.
Antara benda yang aku nak buat ialah hidang juadah beruka puasa,
dan jamu selera bersama-sama.
Mungkin tahun ini bukan rezeki aku untuk bersama-sama dengan dia
meyambut Ramadan.
Apa yang boleh aku buat? Bersabar.

In sha Allah, raya nanti disambut bersama-sama.
Tak sabar nak rasa beraya dengan gelaran seorang isteri.

Thursday, July 3, 2014

Give up.



Pantaskah jika aku menyerah kalah sekarang?
Atau terus menanti,
sesuatu yang pasti bagi orang lain,
tapi tidak untuk aku?

Mana yang lebih sakit;
Kecewa pada hari ini atau di kemudian hari?

Bunga-bunga harapan mulai layu,
perlahan-lahan.
Hanya menanti masa;
untuk gugur ke tanah.
Atau, ia mekar kembali.

Pasrah.