Sunday, March 16, 2014

Ego Bersulam Rindu



Seringkali terjadi begini.
Entah untuk kali ke berapa.
Andai kau tahu,
aku rindu kau. Rindu teramat.
Tapi,
kerana ego. Rindu aku padamu itu dipandang sepi.
Kerasnya hati aku.
Degilnya aku.
Aku tahu kau tak layak terima layanan aku sebegini,
tapi sisa sakit hati itu memaksa aku berbuat demikian.
Maafkan aku.
Aku, menyesal.

Aku bukan suri hatimu yang baik.
Aku teruk. Masih banyak lagi yang perlu aku perbaiki.
Berharap kau beri aku peluang.
Ya, peluang.
Hanya itu yang aku inginkan.

Well, korang pernah gaduh dengan pasangan? Ya, aku sedang mengalaminya.
Perang gaduh suami isteri lah katakan. Hmm.
Aku berharap sangat semua ni berakhir dengan cepat.
Sebab, aku rindu. 
Ya, aku rindu dia.

6 comments:

  1. yup..always gaduh.. kami xpernah declare hubungan nie.. just "kawan" tp still perasaan tetap ade..heheh.. plikk kan.. harap2 dijodohkan bersame.. kdg2 kite kne kurangkan ego kite utk org yg kite syg..bru la seimbang.. :) just my opinion.. :)

    ReplyDelete
  2. pernah gaduh and i thought ego ee lagi tinggi dari dia. mesti nak menang even salah. bahaya kan gini. hahaha.

    ReplyDelete
  3. teringat kata-kata p.ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri.. gaduh jangan lama-lama, semoga kembali ok..

    ReplyDelete
  4. alahai.. so sweet... semoga cepat baik ^^

    ReplyDelete
  5. Selalu kot, kadang2 saje je cari psl nk gaduh2 manje......;-)

    ReplyDelete